Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah bagi pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baharu


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah bagi pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baharu dan majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Majlis dimulakan dengan pembacaan Surat Perintah Lantikan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Seterusnya majlis diikuti oleh Upacara Mengangkat Sumpah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Arif Awang Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Dato Seri Pahlawan Haji Kefli sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar bagi tempoh dua tahun yang bermula 6 Mei 2021 hingga 5 Mei 2023.

Turut hadir pada majlis tersebut, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon; Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar dan Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Yang Arif Awang Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.


Sabtu, 19 Februari 2022, Istana Nurul Iman

Gambar Hak Milik Cipta Information Department, Jabatan Perdana Menteri. 

Attachments