BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 01 Disember 2018 - Mahkamah Tinggi, Jabatan Kehakiman Negara mengadakan aktiviti pembersihan pada 1hb Disember 2018 di sekitar Mahkamah Tinggi - bangunan Mahkamah Besar. Aktiviti tersebut bermula dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Pemangku Pengarah Jabatan Kehakiman Negara, Ustaz Haji Bahrin bin Haji Alias.

Hadir dan mengetuai kempen pembersihan ialah Ketua Pendaftar Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Tujuan acara ini adalah untuk mengukuhkan hubungan antara kakitangan Kehakiman dan untuk memupuk kepentingan menjaga kebersihan kawasan bangunan serta penyediaan pembukaan Tahun Undang-Undang 2019.

Kempen pembersihan kemudiannya disimpulkan dengan bacaan Tahlil yang diketuai oleh Mohammad Arif bin Hj Sabtu, Pegawai Undang-Undang.