Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

29 Jun 2018 - Pelantikan Ketua Hakim Mahkamah Besar Baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 29 Jun. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon sebagai Ketua Hakim Mahkamah Besar bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli yang telah menamatkan perkhidmatannya.

Tarikh pelantikan Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon berkuat kuasa mulai Sabtu, 16 Syawal 1439 bersamaan 30 Jun 2018.


Attachments